:: ARTIKEL TERKINI ::

25 Mei 2013

Dedah Kemaluan Di Red Carpet

|0 comments


Acara Red Carpet semasa pesta filem Cannes 2013 berlangsung dalam keadaan hujan lebat.

Seorang bintang Desperate Housewife, Eva Longoria terpaksa mengangkat gaunnya agak tinggi bagi mengelakan dari basah.

Namun bagi golongan paparazzi ini, selakan yang tinggi merupakan peluang keemasan merakamkan gambar yang nakal-nakal. Pada hari itu terbukti bintang tersebut tidak memakai seluar dalam menyebabkan kemaluannya berjaya dirakam.

24 Mei 2013

Rakyat Kelantan Rela Pilih Kaca

|0 comments


Kita harap pimpinan baru PAS di Kelantan mengubah dasar pembangunan bagi faedah rakyat. Zaman sudah berubah dan pemimpin PAS perlu sedar Kelantan wajar berubah. Dulu pemimpin PAS bersikap acuh tak acuh apabila berhadapan dengan pembangunan ekonomi negeri. Sementelah pula ‘mullah’ PAS tidak ada kemahiran dan pengalaman dalam bidang ekonomi. 

Sikap ini disempurnakan cerdik pandai PAS yang enggan atau takut menegur Tok Guru kerana mereka beranggapan pemimpin PAS ini popular dan dihormati ahlinya, khususnya elit agama, sekolah agama yang dibiayai oleh PAS, puak konservatif dalam parti dan ulama tua yang tidak meletakkan kemewahan dan kesempurnaan dalam agenda kehidupan mereka. 

Pil Jerawat Cegah Darah Beku

|0 comments


Para pemantau perubatan di Eropah berkata ubat jerawat Diane-35 telah digunakan secara meluas sebagai pil perancang dan mengatasi risiko darah beku, jika diambil secara betul.

Agensi perubatan Eropah (EMA) mengulas mengenai keselamatan ubat-ubatan selain menegaskan yang Diane-35 harus hanya digunakan untuk rawatan jerawat seperti yang telah dinyatakan oleh pengeluarnya, Bayer.

Aktivis Bogel Ditangkap

|0 comments


Aktivis Tunisia yang memuat naik gambar separuh bogelnya di internet, Amina Tyler, 19, berjaya ditangkap ketika cuba menyeludup masuk ke kota Kairouan, Tunisia.

Amina cuba menyamar dengan memakai tudung. Menurut seorang penduduk yang menyaksikan penangkapan Amina, beliau akan melindungi bandar tersebut daripada dicemar oleh perempuan kotor sepertinya. 

Sementara itu ibu Amina, Wafa mengakui bahawa anaknya mengalami gangguan mental dan memerlukan rawatan.


23 Mei 2013

Petugas Undi Pecah Amanah

|0 comments


Mohd Fadhli Khaharruddin, seorang anak muda yang sedang mencari pekerjaan tetap, cuba mengadu nasibnya di pejabat PKR Kuantan, Fuziah Salleh.

Permainan sebegini memang lumrah pembangkang. Mereka tak berniat pun kemenangan dan amanah yang terpikul dibahu untuk dilaksanakan. Sebaliknya sibuk mencari kelemahan orang lain bagi menutupi kelemahan mereka yang tak pandai buat kerja.

Pelacur Mengubah Hidupnya Menjadi Muslim Sejati

|0 comments


Disaat rakan-rakannya meraikan kemenangan dengan berpesta arak, Frank Ribery dari kelab Bayern Munich menjauhkan dirinya dari minuman tersebut.

Sebagai seorang muslim, beliau berusaha bukan saja untuk meneguknya malah menyentuhnya juga.

Ribery juga merupakan pemilik bar yang berkonsepkan Islam dimana tiada alkohol dijual. Beliau juga berhasrat untuk menjadi seorang muslim sejati walaupun mengakui ianya bukan mudah.

Airel Zafrel Tipu Pasal Agama

|0 comments


Penerbit dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo kesal apabila ditipu oleh pelakon Aeril Zafrel yang memperdayanya bagi menamatkan kontraknya dengan MIG kerana ingin mempelajari ilmu agama.

"Mula-mula Aeril kata mahu belajar agama dan kerana itu dia meminta saya untuk tamatkan kontrak lebih awal. Kalau bab agama, saya agak sensitif. Sebab itulah saya memenuhi permintaannya kerana menyokong langkah yang hendak diambilnya untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan.

22 Mei 2013

Ahmad Yakob Sedia Rampas Harta Nik Aziz

|1 comments


Ahmad Yakob yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya di kalangan penyokong PAS di negeri ini.

Satu demi satu pihak yang rapat dengan Nik Aziz dicantas atas nama menambah baik pentadbiran negeri di masa yang sama beliau cuba menunjukkan imejnya yang lebih lembut dan tolenrasi dengan Kerajaan Pusat berbanding MB sebelumnya.

Dua Kali Undi, PRK Kuantan Perlu Diadakan..

|2 comments


Semalam ada satu kes unik dan agak tak masuk akal apabila seorang pemuda berusia 23 tahun, Mohd Fadhli Khaharruddin tampil dengan dakwaan kononnya dia dibenarkan mengundi dua kali di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan, Pahang. 

Laporan polis mengenai kes itu telah di buat pada hari pengundian 5 Mei 2013 lepas dan semalam 21 Mei 2013 pemuda itu tampil dalam sidang akhbar bersama pemimpin PKR & PAS.

Ugutan Karpal Tak Lagi Menyengat

|0 comments


Walaupun diancam dengan ugutan untuk diambil tindakan mahkamah, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim jelas berani dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mendedahkan semua rancangan jahat DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang yang tinggi dengan jati diri Melayu, beliau tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan untuk tidak menjual ‘rohnya’ kepada parti ‘ultra kiasu’ itu. Malah sebagai warganegara yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sudah menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Adun Pas Terengganu Tutup Pintu Pada Rakyat

|1 comments


Bercita-cita tinggi untuk menjadi Menteri Besar Terengganu jika keputusan PRU13 akan memihak kepada Pas. Tapi sayang, rakyat Terengganu sudah sedia maklum permainan politik Pas yang inginkan jawatan semata tanpa membuat bakti kepada rakyat.

Walaupun hasratnya untuk menjadi Menteri besar tak kesampaian, tapi Wahid Endut masih lagi diberi peluang menjawat sebagai wakil rakyat bagi Dun wakaf Mempelam yang menewaskan calon BN.

Tak kisahlah...adat bertanding ada menang dan kalah. Bohong kalau tak kecewa, tapi calon BN menerima dengan hati tenang.

Awas!!! Warga Nigeria Guna Identiti Tempatan

|0 comments


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dimaklumkan akhir-akhir ini insiden ‘e-mel penipuan Nigeria’ yang dahulunya pernah diterima orang ramai kini semakin berleluasa.

Namun kali ini e-mel penipuan berkenaan menggunakan nama rakyat Malaysia atau nama tokoh dari Malaysia. Modus operandi penipuan termasuklah menggunakan alamat e-mel palsu, menceritakan tentang sesuatu musibah, dan seterusnya merayu bantuan kewangan dan kemudiannya cara-cara mengkreditkan wang ke suatu akaun yang palsu.

Chef Riz Dah Ada Pengganti

|0 comments


Sebelum ini ada tersebarnya foto milik Chef Riz yang dikatakan sudah bertemu pengganti kepada Ana Dahlia setelah rumahtangga yang dibina mereka hanya bertahan lebih kurang 11 bulan sahaja.

Bagaimanapun, foto milik tukang masak terkenal itu telah pun dipadam olehnya dan begitu juga gosip berkenaan dilihat berterbangan begitu sahaja tanpa ada pengakuan serta pengesahan daripada sesiapa mengenai hal ini. Sebuah portal hiburan ada menyiarkan pendedahan oleh bekas isterinya yang mengatakan bahawa Chef Riz memang sudah ada kekasih baru.

Murah Yang Tiada Nilai Kemanusiaan..Apa Guna!!!

|1 comments


Mimpi ngeri yang menimpa seorang wanita dan bayinya yang baru berusia 14 bulan selepas dihalang menaiki pernerbangan pulang Air Asia dari Ho Chi Minh, Vietnam ke Malaysia sudah pun berakhir sebaik mereka selamat sampai di di KLIA tepat jam 7.45 19 Mei 2013.

Mereka tidak dibenarkan menyertai pernerbangan Air Asia atas alasan bayi 14 bulan itu dikatakan masih belum sihat dari demam campak sedang hakikatnya sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang lain.

Cina Mula Takut Kempen Boikot Melayu

|4 comments


Wakil Dewan Perniagaan Cina dan Melayu, Yeah Kim Leng semalam memberitahu Malaysian Insider bahawa ‘boikot produk Cina’ yang dipromosikan oleh blogger pro-UMNO akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan menakutkan pelabur.  Beliau tentunya bercakap tentang kempen ‘boikot barangan Cina pro-DAP’ yang kini sedang merebak di internet.  

Kita boleh merujuk kempen ini sebagai kesan sampingan dari keputusan PRU-13 yang menyaksikan penolakan sepenuhnya kaum Cina terhadap parti pemerintah a.k.a kerajaan Melayu.  Dalam kenyataannya, Yeah mendesak Putrajaya agar masuk campur bagi menghentikan kempen boikot tersebut. 

21 Mei 2013

Biar Dia Masuk Penjara - Jimmy

|0 comments


Krisis kisah rumahtangga pengacara Jimmy Shanley dan bekas isterinya berterusan apabila Jimmy memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital agarNursuhaila Eliani Suhaimi dipenjarakan atas dakwaan mengingkar perintahmahkamah berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Zahrah Rania.

Dipetik daripada laporan akhbar Kosmo!, Jimmy memfailkan permohonan tersebutmenerusi peguam syarie, Mohd Noor Azian Md. Idrus di kaunter Mahkamah TinggiSyariah, Shah Alam, semalam.

Apa Salah 'Bangla' Mengundi

|0 comments


Fenomena Bangla tiba-tiba menjadi popular semasa PRU13 pada 5 Mei lalu. Kenapa hanya status Bangla yang disebut-sebut dan kecoh dicanang oleh pemimpin dan penyokong Dap? Kenapa tidak warga Jepun, Korea atau China yang puak Dap risaukan?

Keadaan kecoh yang ditimbulkan oleh Dap itu menyebabkan mereka telah mengupah sejumlah samseng muda Dap Cina pergi ke pusat-pusat mengundi di Johor terutamanya konon ingin memastikan tiada 'Bangla' yang datang mengundi.

Anak Peneroka Tawan Puncak Tertinggi

|0 comments


Misi Everest-Felda 2013 yang melibatkan tujuh pendaki telah berjaya diselesaikan apabila 5 dari 7 pendaki tiba di puncak tertinggi iaitu 8,848 meter dari paras laut, pada jam 10.15 pagi, 21hb Mei 2013.  

Pendakian ini sekali gus meletakkan satu rekod baru dalam sejarah pendakian gunung tertinggi itu oleh rakyat Malaysia kerana diketuai oleh seorang wanita Islam termuda iaitu Siti Hanisah Sharuddin yang berusia 23 tahun.  

Anwar Tetap Gulingkan Kerajaan Biar Pun Sendirian

|0 comments


Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.

Zahid & Anwar Sedia Berperang

|0 comments


Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

Hatta Kaki Bodek Dap Makin Tak Bermoral

|1 comments


Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari sejak menyertai parti ‘ultra kiasu’ DAP dilihat semakin berjaya meresapi ideologi dan mentaliti pembangkang yang gemar berpolitik di jalanan. Namun amat malang baginya apabila demonstrasi yang dianjurkan itu GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan apabila hanya dihadiri oleh ahli DAP itu sahaja.

Dia yang pada mulanya berhasrat untuk meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan akhbar arus perdana Utusan Malaysia, muncul untuk beberapa minit sahaja di hadapan premis syarikat itu. Namun, insiden tersebut mengundang reaksi negatif mereka yang berada di tempat kejadian apabila, Hatta selaku PENGANJUR dan KETUA DEMO tidak dapat menahan rasa malu telah menunjukkan isyarat lucah kepada kakitangan Utusan yang ‘menyambut’ kehadirannya.

Umno Masih Popular

|0 comments


BARISAN Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 yang lalu sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.

Pada PRU12 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN memenangi 140 kerusi Parlimen.Pada PRU13, rakyat Malaysia masih lagi mengundi dalam pilihan raya yang disertai pelbagai parti yang menyaksikan 11,257,147 juta (84 peratus) daripada 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Parlimen.

Ahmad Idham Kecewa Dengan FINAS

|1 comments


Sebagai seorang produser filem di Malaysia dan berdaftar dibawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham nyata seperti sudah berpatah arang berkerat rotan dengan badan berkanun yang bernaung dibawah kementerian Penerangan Komunikasi dan Kesenian ini.

Bukan sengaja ingin mencetuskan kemarahan atau mempertikaikan fungsi FINAS tetapi padanya sistem yang berjalan didalam badan tersebut harus diperbaharui supaya ia memberi faedah kepada penggiat filem tempatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Info Terkini ::

PRU-13: Saya Memilih Kerajaan Yang Memastikan

Anda Dari Parti Mana ???

Parti Mana Yang Menunaikan Janji ???

Perhimpunan pembangkang pada 12 Januari lalu adalah testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012, kata PM.