20 Mei 2012

Satu Hala

|0 comments
Satu Hala

16 Mei 2012

Mengapa Guru Penolong Kanan Petang Dilupakan?

|0 comments
Persoalan Yang Penting Dijawab Sempena Hari Guru

Memetik ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Mei 2011 sempena Sambutan Hari Guru: “Kenaikan gred Pengetua daripada DG48 kepada DG52 dan Penolong Kanan daripada DG44 kepada DG48 adalah satu pengiktirafan kepada jawatan Pengetua dan Penolong Kanan. Insya-Allah kenaikan ini akan menambahkan minat guru untuk memegang kedua-dua jawatan yang amat penting dalam kepimpinan sekolah”.

Pengumuman ini semestinya amat melegakan barisan pentadbiran sekolah yang dipimpin oleh pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum dan penolong kanan petang (PKP) bagi sekolah yang ada sesi petang.

Pilihan Rakyat Yang Penting, Kata Najib

|0 comments
Daripada Nor Faridah Abd Rashid

LONDON – Warga Malaysia yang tinggal di bandar raya ini berkesempatan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin petang, dan ramai daripada mereka berebut-rebut menyapa dan bersalaman dengan beliau selepas perdana menteri berucap, sebahagian besarnya mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.

Najib berkata dalam mana-mana demokrasi akan ada mereka yang mengundi menyokong dan menentang, tetapi akhirnya, apa yang paling utama ialah pilihan rakyat.

11 Mei 2012

Jumlah Peminat Facebook Najib Lebih 1 Juta

|0 comments

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terharu dan berterima kasih dengan sokongan rakyat terhadap laman sosial Facebooknya dengan peminat berdaftar mencecah lebih satu juta orang hari ini.

Jumlah itu menjadikan beliau pemimpin dan ahli politik pertama yang memiliki jumlah peminat paling ramai di laman rangkaian sosial tersebut di rantau ini.

BN Menerima Sokongan Majoriti Rakyat – Kajian UMCEDEL

|0 comments
KUALA LUMPUR – Sejumlah 49 peratus rakyat di negara ini dijangka memilih untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang berbanding  21 peratus yang memilih Pakatan Rakyat.

Sementara 30 peratus lagi masih belum menetapkan sokongan dan merupakan pengundi atas pagar yang selalunya akan membuat keputusan pada saat akhir.

Begitulah hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Kajian itu melibatkan 2,282 responden dan dilakukan secara bersemuka dengan etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Majlis Peguam Malaysia Bacul?

|0 comments


Buat kesekian kalinya, Majlis Peguam menyerlahkan siapa sebenarnya mereka, iaitu salah satu dari beberapa badan atau pertubuhan yang merupakan rangkaian dari parti pembangkang.

Badan atau pertubuhan rangkaian dari parti pembangkang boleh dilihat dalam berbagai bentuk, antaranya BERSIH, Kumpulan Hijau dan bermacam-macam lagi yang memakai nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tidak musthail, jika diteliti, ahli-ahli kesemua kumpulan ini hampir semuanya adalah orang yang sama dan juga mempunyai modus operandi yang sama iaitu cuba membuat huru-hara melalui demonstrasi atau provokasi.

Mansor Othman Tolong Letak Jawatan

|0 comments


DALAM keadaan sekarang, bila mana banyak petunjuk membayangkan kesukaran Pakatan Rakyat mengekalkan momentum kemenangan 2008, adalah menjadi kewajiban untuk Pakatan Rakyat memperbaiki kriteria calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Kita tidak mahu kesilapan meletakkan ramai calon kurang berwibawa, yang akhirnya memilih menjadi Bebas atau masuk dalam mana-mana komponen Barisan Nasional setelah menang, berulang lagi dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Tunku Aziz: Tindakan DAP Tidak Cukup Tegas

|0 comments


KITA semua menyambut baik berita ‘pemecatan’ Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebagai Senator di Dewan Negara, kerana mengkritik penganjuran perhimpunan Rakyat Bersih 3.0, 28 April yang lepas.

Walaupun dikatakan penggal perkhidmatan tidak disambung tapi kita semua pun tahu itu adalah pemecatan.

Tindakan seumpama ini memang patut, kerana himpunan Bersih 3.0 adalah agenda besar Pakatan Rakyat dalam mereformasikan sistem pilihanraya di Malaysia yang selama ini diperalatkan UMNO/BN untuk memastikan kemenangan mereka dalam setiap pilihanraya umum.

Jangan Guna Agama Umpan Pancing Undi

|0 comments


KUALA LUMPUR – Parti politik diingatkan supaya tidak menggunakan agama sebagai alat kepentingan politik dalam meraih undi dan mendapat sokongan rakyat di negara ini, kata naib presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya agama tidak wajar dijadikan alat untuk mengikat rakyat terus menyokong kepimpinan sesebuah parti.

“Kita harus melihat bahawa akan berlaku gelojak politik yang akan mengeruhkan situasi sesuatu agama dan bangsa apabila dijadikan agama sebagai cara untuk politik kerana berdasarkan agama lain ia akan mengalami kegagalan,” katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Marah Punya Pasal, Peniaga Buka Kedai Burger Depan Rumah Ambiga!

|0 comments
KUALA LUMPUR – Seorang peniaga burger yang marah kerana mengalami kerugian sewaktu demonstrasi Bersih 3.0 bertindak membuka gerainya betul-betul di hadapan kediaman Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini hari ini.

Ia sebagai tanda protes di atas penganjuran demonstrasi berkenaan.

Peniaga tersebut bersama kira-kira 30 peniaga lain yang mengalami kerugian di kawasan sekitar di mana demonstrasi itu diadakan, mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka.

Guan Eng – Jangan Ganggu Keluarga Saya

|0 comments
GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kesal dengan tindakan sekumpulan ahli Perkasa yang cuba ‘membuat kacau’ di pekarangan kediamannya selain mencemarkan kebersihan dengan membuang poster di beberapa jalan di bandar raya ini semalam.

Beliau berkata, perbuatan kumpulan itu yang berhimpun di hadapan rumahnya pagi semalam adalah tidak bertamadun kerana turut menggantung gambarnya yang dikalung dengan bunga di hadapan pintu pagar sebagai simbolik sudah meninggal dunia.

Menurutnya, perbuatan ‘budak-budak’ itu juga menghina kaum India dengan mempersendakan ritual mereka.

Karpal Singh Bidas Hadi Awang

|0 comments

DAP anggap PAS tiada hak cakap bagi pihak pakatan pembangkang isu hudud

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak berhak bercakap bagi pihak pakatan pembangkang dengan menyatakan pembangkang akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah negara.

Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, Hadi memang selalu berdolak-dalik dengan membuat kenyataan retorik tanpa sebarang justifikasi.

“Adalah dikesali, Hadi kebelakangan ini membuat kenyataan yang kemudian ditarik balik. Baru-baru ini, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi dengan Addin, walaupun Perlembagaan secara khusus memasukkan Islam sebagai agama rasmi.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah Untuk Ambiga?

|0 comments


KEJAYAAN BERSIH 3.0 menghimpunkan lebih 250,000 orang rakyat pada 28 Appril 2012 telah merekodkan sejarahnya yang tersendiri kerana itulah pertama kalinya Bandaraya Kuala Lumpur hampir dipenuhi dengan lautan manusia terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Jika tidak kerana keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta perhimpunan penulis pasti ia akan menarik perhatian Malaysia Book Of Record untuk menyenaraikannya  sebagai perhimpunan rakyat yang terbesar pernah diadakan sejak 54 tahun negara merdeka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Info Terkini ::

PRU-13: Saya Memilih Kerajaan Yang Memastikan

Anda Dari Parti Mana ???

Parti Mana Yang Menunaikan Janji ???

Perhimpunan pembangkang pada 12 Januari lalu adalah testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012, kata PM.